peristiwa ini berlaku seminggu yg lepas. sewaktu hari bekerja dan ketika orang ramai pulang dari keja.aku yg kebosanan pada petang itu membuatkan aku terasa ingin joging (hehehe berniat untuk kurus kan badan). Aku pon mula la joging sehingga di depan main libry, aku lihat jalan jam di persimpangan tersebut. Dalam hati aku terdetik, mungkin berlaku kemalangan, tapi apabila sampai ditempat kejadian aku lihat dua biji kereta berhenti. dibelakan kereta tersebut telah jam dan hon sentiasa berbunyi. tetiba ada seorang wanita yang mgkin dalam lingkungan 40-an turun dari kereta. dia pergi ke hadapan kereta tersebut dan tunduk seolah-olah mencari sesuatu. sekejap ke tepi kereta dan kemudian ke hadapan kereta pulak. setelah itu, turun pulak seorang wanita dari kereta tersebut. kedua-dua ini seolah-olah cuba menangkap sesuatu. aku kira hampir 5 minit juga masa diambil oleh dua wanita itu. akhirnya wanita tersebut berjaya menangkap seekor anak kucing yang comel lalu dibawa masuk ke dalam keretanya. Selepas itu, jalan raya tersebut kembali seperti biasa dan aku pon meneruskan usaha aku...semoga dua orang wanita tersebut mendapat pahala yg banyak kerana menyelamatkan anak kucing itu dari dilanggar oleh kereta lain...
Wednesday, April 21, 2010
Friday, March 26, 2010
Thursday, March 25, 2010
Akhirnya Pisang Berbuah Dua Kali...
Ku sangkakan panas hingga ke petang namun hujan turun d tengah hari...aku sangka ukhwah ini akal kekal selamanya namun retak d tengah jalan...sesungguhnya aku terluka lagi dengan sebuah persahabatan yang amat aku sayangi...mungkin sudah takdir kehidupanku bahawa aku akan sering dilukai...aku xtahu d mana silap diri ini, mungkin terlalu lemah dan serba kekurangan untuk mendampingi kalian...mungkin aku ni x sebaik kalian...mgkin aku ini xsebijak kalian...sesungguhnya aku xtau kenapa ini terjadi di saat perpisahan hampir tiba...izinkan aku menyimpan seribu kenangan manis setiap saat dan ketika bersama kalian...aku senyap kerana xnak d lukai lagi...aku senyap kerana takut berakhirnya kisah kita...aku senyap takut aku akan terus membuat kalian kecewa...biarlah aku senyap menyimpaan kelukaan ini...biarkan aku senyap tanpa bicara....Hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku amat menghargai kalian walaupun ke sedar yg ku hanya menumpang kasih kalian....
salam seribu kemaafan dariku......
Posted by Qirah at 11:01 PM 0 comments
Saturday, February 27, 2010
novel salam maria
Alhamdulilah akhirnya selesai pembacaan aku tehadap sebuah novel yang di tulis oleh Fatimah Busu. Terus terang ku katakan sebelum aku membaca novel ini, terlalu banyak perkara-perkara yang negatif dilemparkan pada novel ini. Benar kata orang, tak kenal maka tak cinta. setelah memiliki novel ini, yang pada asalnya untuk bahan assmt bg subjek novel aku, dan tujuan membaca nya hanya semata-mata untuk assmt. tp setelah aku tamat membacanya, baru aku sedar terlalu banyak khazanah ilmu yang terdapat dalam novel in. terasa rugu bagi sesiapa yang belum pernah membacanya.Ingin ku coretkan serba sedikit pengalaman aku membaca novel salam maria ni.
Pada permulaan novel ini, ku rasakan sangat tidak menarik dan agar bersifat ilmiah dan keislamikan. Namun, selepas membacanya pada pertengahan, aku rsakan jalan ceritanya sangat menarik.terus terang ku katakan bahawa pengarang mampu membangkitkan daya imaginasiku terhadap jalan cerita ini. bg sesiapa yang mengatakan novel ini pada tahap yang negatif, sudah tentu mereka tidak membaca dengan hati yang ikhlas.
Terlalu banyak ilmu yang dapat ku kutip sepanjang perjalanan pembacaan ku ini. kisah seorang wanita yang sentiasa diuji oleh Allah S.W.T, namun insan yang bernama maria zaitun ini, tidak pernah berputus asa, sebaliknya tetap bersabar dengan setiap dugaan yang menimpanya...benar sekali bahawa pengetahuan agamaku begitu cetek. sesungguhnya, aku belum pernah mendengar mengenai kisah saidatina nafisah pada zaman nabi dahulu, di dalam novek ini, diceritakan kisah mengenainya.
ilmu-ilmu yang berkaitan dengan agama begitu terpancar dalam karya ini. semoga pengarang novel ini diberkati Allah.....TAHNIAH SALAM MARIA
Posted by Qirah at 7:22 AM 0 comments
Tuesday, February 2, 2010
Pisau Raut...
salam kepada semua...
Dalam usaha menyiapkan thesis aku yg bertajuk PEMBENTUKAN ISTILAH DALAM SENI KRAF TANGAN MELAYU: PEMBUATAN WAU...aku telah menemubual seorang tokoh dalam seni pembuatan wau ini. Tokoh ini dikenali dengan nama panggilan tok wan janggut...aku meminta dia menunjukkan kepada aku cara2 untuk membuat sebuah wau...
Sebelum memulakan proses membuat wau, dia memberitahu aku mengenai semua alatan yang ingin digunakan dalam proses ini. Katanya pisau raut amat penting dalam meraut buluh agar menjadi halus. katanya lagi, dia amat menyayangi pisau raut ini, kerana dia membeli pisau raut itu ketika negara masih dalam penjajahan. Usia pisau raut itu, mgkin berusia hampir 60 tahun dan masih berkhidmad kepada tuannya. Sesungguhnya pisau raut ini belum pernah aku lihat...
Posted by Qirah at 8:06 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)




