? ??????????????Kawasaki? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??4 Grabs Today. 4234 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ?????BFF? ????? ?? ???Rating: 4.0 (106 Ratings)??4 Grabs Today. 3546 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Abstract Glory? ????? ?? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, August 4, 2009

Seni Wau...

Permainan tradisional??? wau???? sesuatu yang aku pandang enteng selama ni...bagi aku zaman makin maju, dunia kian berubah, begitu juga permainan...mungkin kerana aku dilahirkan sebagai seorang perempuan maka aku kurang berminat permainan wau. Apatah lagi aku seolah-olah buta dalam seni wau,kerana aku tidak tahu langsung tentang wau,,jenis-jenis wau juga aku tak tahu...hanya aku tahu wau bulan...

namun siapa sangka, kuasa Allah maha agung, kerana aku sekarang berusaha menyiapkan thesis aku yang bertajuk PERISTILAHAN DALAM PROSES PEMBUATAN WAU...bayanagkan dari seorang yang tak tahu dan x minat tentang wau, kini sudah banyak yang aku tahu tentang wau....

siapa cakap permainan trasisional tak penting....bagi aku kini, wau merupakan warisan yang sangat berharga dan sepatutnya dihargai oleh masyarakat yang serba moden ini...sebenarnya seni wau sanagt unik, cantik dan mempunyai nilai estetika yang begitu tinggi...aku juga ingin berkongsi maklumat tentang seni wau kepada sesipa juga yang mencintai permainan tradisional terutama wau....

Latar Belakang Wau
Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.

Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau.
Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.


Permainan layang-layang atau wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan semenjak lebih 500 tahun yang lalu. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Musim bermain wau adalah buluh yang diraut halus yang ditampalkan dengan kertas berwarna mengikut bentuk rangka. Wau bukan sahaja dimainkan tetapi dipertandingkan yang dititikberatkan ialah kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan tinggi serta keindahan naiknya.
Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.


Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.


Sejarah Wau Malaysia
Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China.


Mitos Permainan Wau
Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.
Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.


Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu. Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.

Friday, July 31, 2009

Kelahiran


Tak sabar rasanya nak menanti kelahiran kali ini...pada kelahiran kali ini aku mengharapkan sesuatu yang istimewa...harap2 kali dapat ler baby pempuan pulak...maklumlah kat rumah dh ramai lelaki...bukan aku ja harap dapat baby pempuan, malah satu family aku harap benda yang sama...


hehheheheh....jangan ingat aku pulak yang nak lahirkan baby...heheh kawen pon lum lagi tau, sebenarnya kami semua tengah menunggu kakak iapar aku yang no3 nak bersalin...rasanya x sabar tau, aku dah ada 3 anak sedara lelaki cuma sorang ja pempuan...sbb tu besar harapan aku agar baby kali ni pempuan pulak...


asyik beli baju untuk anak sedara lelaki ja,hehehe teringin jugak nak beli baju baby pempuan yg comey2...insyaAllah kak ipar aku bersalin lepas raya ni, rasa x sabar sangat, hehehe agak2 baby tu comey cam mak su dia x??? kita tunggu baby lahir, baru lah leh tahu comey cm mak su dia ka x...


aku doakan kak ipar aku selamat melahirkan baby...amin

Monday, July 20, 2009

Kehilangan....

sedih bangat....aku tak sangka aku boleh hilang dia...aku tahu dia penting bagi aku...semenjak pertama kali aku jejak kt kk8 lg, aku jga dia dgn sebaik mungkin...tanpa dia hidup ku di kolej ni terasa sangat sukar...bayangkan aku perlu guna dia setiap masa....

aku mungkin kehilangan dia sewaktu aku bersama-sama tikah, yunie n sap ke tasik varsiti...tidak ku sangka itu hari terakhir aku bersamanya...namun harus ku redhai permergiannya dr sisiku...

hehehehe sedih siot....kad makan aku hilang, terpaksalah aku beli kad makan baru esok, dah la kena rm20,...betul kan kata aku, kad makan sangat penting dkt kk8....tanpa kad makan jagan haraplah mak cik nk bg mkn...

pengajaran kepada semua jaga lah barang yang penting...jagalah barang penting...

Friday, July 17, 2009

My Love











Cinta itu sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita di beri peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberikan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.
Cinta itu aneh. Sukar di tafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.
Manusia kadang kala lupa, cinta merupakan syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni.
Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti cinta seseorang bagi kita.
Cinta....Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika tidak memilikinya, apa pun yang lain yang ada miliki tidak banyak erti.
Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan disebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika DIA mengambil sesuatu, telah DIA mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.
Cinta antara dua jiwa talah dikatakan boleh membakar semangat seseorang itu untuk memelihara akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadian. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita.
Tetapi cinta juga merupakan ujian,godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan diantara akal dan rasa......

Thursday, July 16, 2009

Rahsia Bulan Kelahiran Ku


Bulan Mei/ Taurus
Kekerasan hati & degil , kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal , pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam , cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan , tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan , kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit daya khayalan yg tinggi permikiran yg tajam pandai berdebat, fizikal yg baik, kelemahan sistem pernafasan suka sastera,seni & muzik serta melancong tidak berapa suka duduk dirumah tidak boleh duduk diam tidak punya ramai anak rajin dan bersemangat tinggi agak boros

Wednesday, July 15, 2009

KHAS BUAT AYAHKU



Ketika berjauhan masih ku rasa
Hangat kasihmu ayah
Betapa ku rindukan
Redup wajahmu hadir menemani ku

Terbayang ketenangan
Yana selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
Tika ku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian

Ketika ku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
Di saat diri ku kehampaan
kau setia mengajarku erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
Dalam senyum mu
Melihat ku berjaya

Bila ku kegagalan
Tak kau biarkan aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Kau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan

Tak dapat ku bayangkan
Hidup ku ayah tanpa kau di sisi
Semua kasih sayang yang kau curahkan
Tersemat di hati
Terima Kasih ayah.....

Monday, July 13, 2009

ANAK-ANAK SAUDARAKU


MUHAMMAD IZHAR RISHA

MUHAMMAD AIRIL DARWISH



MUHAMMAD AFIQ IKHWAN



NUR SHAFAWATI