? ??????????????Kawasaki? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??4 Grabs Today. 4234 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ?????BFF? ????? ?? ???Rating: 4.0 (106 Ratings)??4 Grabs Today. 3546 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Abstract Glory? ????? ?? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, December 30, 2009

bersama si dia...

panas2 pon nak amik pic lg...heheh

letih jalan2...amik la pic dulu


hehehe...dh my hubby xnak amik pic, aku ja la yg jd model kolam...


puas aku pujuk baru la my hubby ni nak amik pic



tengah bg ikan2 aku makan...hahah





Saturday, November 7, 2009

pengalaman baru...

SAP SEMBUNYIKAN KFC
DALAM BAS UM


citer ni baru jer belaku semalam, dlm kul 5. salah sarong dr KAMI, iaitu ayunie dah lama nk mkn kfc, jd kami pon wat keptsn nak g mkn...hehehehe oleh sebab aku x penah ada pengalaman g mkn kfc jalan kaki, so diarong pon nak la bwk aku ke kfc berjalan kaki...bayangkan dah siap pakai sportshoes, kononnya tkt nanti kaki sakit...mcm nak g joging pulak KAMI. samapai jer kt gate KK8, tiba-tiba hujan pun turun renyai-renyai...dalam hati ni dah rasa hampa ler...memandangkan mastermind KAMI yunie, dia telah memutuskan agar KAMI naik ja bas UM. betapa jauhnya perjalanan, KAMI terpaksa menaiki 2 biji bas..hehehe balik kedah pon naik 1 bas jer...sesampai jer kt lib, KAMI terpaksa la plak tgu bas um untuk ke nine. selepas smpai jer kt nine KAMI pon berjalan ler kaki ke kfc.after makan KAMI pon nak gerak balik ler. tetiba jer tiqah tanya nak balik jalan jauh ke jalan dekat...saja ler tu pekena aku, mentang2 aku xtau shoutcut nak blik um. KAMI pun lalu lah kt belakang fak ekonomi. dengan slumber jer aku cakap kt depa tu ZABA...depa pon pndg aku, tu fak ekonomi ler cik kirah oiiii..masa smpai kt sket, aku pun buat pala tau ler, konon2 aku tahu dah jalan nak balik...si shida pon ikt ler jalan yg dibawa aku...tiqah dgn penuh emosinya berkata...awat shida ang nak ikut jalan sesat yg di bawa oleh kirah ker?heheheh walaupun penat, aku rasa best gak p kfc jalan kaki dgn KAMI.

Friday, November 6, 2009

cerpen ku

Sha, mak kau coll ni! jerit didi dari bawah. aku begitu pantas menuruni tangga kerana aku tak sabar nak cakap dengan mak. Aku tergaman sebentar selepas meletakkan gagang telefon. Sungguh tidak ku sangka ibuku menerima pinangan dari insan yang aku tidak suka dan benci itu. Walalupun peristiwa itu telah berlaku beberapa tahun dulu. pinangan dari ibu haikal telah diterima. Namun jauh disudut hatiku, aku yakin bahawa haikal juga tidak suka dengan hubungan ini. Namun semuanya sudah terlambat apabila mak telah menerima pinangan dari keluarganya.
Perasaan benci dan tidak suka aku pada haikal bermula sejak tingkatan enam. Walaupun sewaktu kecil aku begitu rapat dengannya, namun sewaktu sekolah menengah aku sudah jarang bertemu dengannya, kami telah berjumpa kembali sewaktu memasuki sekolah menengah yang sama. ibu haikal sering berbual dengan aku, dan dia juga asyik menceritakan kisah haikal padaku. Pada mulanya aku tidak kisah sangat, namun setelah kawan baik ku adriana menyatakan bahawa haikal tidak suka aku ceritakan hal dia pada ibunya.
Mula la aku naik bengang kt dia, ada ka patut aku yang dipersalahkan dalam hal ini. Haikal juga sering menunjukan egonya pada aku, walaupun ketika aku bersama-sama rakan lain, dia tidak pernah memandangku apatah lagi untuk menegur aku. Macam la aku heran sangat kalau dia tak tegur aku, bukan aku rugi apa-apa pun, luah ku pada adriana. Kalau di rumah pula aku akan menceritakan hal ini kepada ibuku, namun yang asyik ibuku katakan, biasa lah ego seorang lelaki.
Ada suatu ketika sewaktu perjalanan ku kesekolah, minyak moto aku habis kat tengah jalan. mula lah aku memarahi diri sendiri kerana tidak memeriksa minyak sebelum naik motor. Tetiba Haikal berhenti di depan aku. Terkejut beruk aku.hehehhe kenapa denga motor ang? tanya haikal, minyak moto habis jawab ku tanpa memandang dia. owh..tunggu jap. Mula ler aku pikir napa tetiba mamat egois ni nak tolong aku. tp dia tak ler pula senyum kt aku.
tepi sikit, biar aku tolong! ha dah siap, lain kali jangan pandai naik motor jer tapi tak tahu nak isi minyak. Terima kasih ucap ku sepatah. Kalau ikhlas tak payah la nak tolong..hehehe kataku di dalam hati. Selepas daripada peristiwa itu aku tidak pernah lagi bercakap atau menegurnya. Tetiba jer dalam sekelip mata, haikal menjadi tunang ku. rasa macam tak masuk akal jer.
didi kau tolong tampar aku jap! ko ni apa hal? dah buang tabiat ker? cepat ler. Panggg....aduiiiii satu penampar kt pipi aku. woi sakit ler kata aku. dah tadi ko suruh tampar sangat, amik ko? maknanya aku tidak bermimpi bahawa haikal memang tunang aku. Setelah merasai penampar jepun dari didi, baru lah otak aku dapat berfikir, lebih baik aku col haikal suruh dia batalkan saja pertunangan yang tidak masuk akal ni.
Boleh tak ang batalkan ja pertunangan ni? kita bukanya bercinta, napa yang tetiba masuk minang aku? napa dah buang tabiat ka ang ni? Bertalu-talu soalan dariku. lama haikal diam, akhirnya dia menjawab, ini kehendak keluarga, dia cumu menuruti permintaan ibunya sahaja. jd tak salah pun kalau kita bertunang kalau dah ada jodoh antara kita. Ang ni apa hal? aku tak nak kawin dengan ang, cepat putuskan pertunangan ni? jeritku dalam telefon.
boleh dia cakap, suruh aku yang beritahu dekat keluargaku, kalau betul tak nak bertunang dengan dia. baik haikal, kau ingin bermain tarik tali dengan aku. aku juga ingin turut serta dalam permainan yang tidak masuk akal ini. Kita lihat siapa yang akan merana dalam permainan yang kau mulakan haikal. tp risau juga aku, kalau aku sendiri yang merana dala permainan ini.
BERSAMBUNG...

Sunday, October 18, 2009

Tiada Yang Kedua...


Novel baru beli td...best sngt cter ni...

Sinopsis ceter ni....

Nur Shahirah Batrisya berasa bahagia menantikan saat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan keluarga. Namun, keindahan malam pengantin yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Lelaki yang baru sahaja menikahinya membongkar rahsia yang sangat pahit untuk ditelan.

Di birai katil mempelai yang dihias indah, Imran dengan angkuh mengakui hatinya sudah dimiliki. Malam pertama itu juga menjadi saksi Imran melafazkan perjanjian yang tidak diduga. Dua tahun lagi perkahwinan itu mesti dinoktahkan. Shira akur menerima keputusan suaminya. Hanya pilu yang menemaninya membilang hari-hari yang bakal menjanjikan status janda muda buatnya. Sesungguhnya dia kecewa.

Semakin hampir dengan hari yang dijanjikan, Shira berperang dengan perasaan keliru yang merantai jiwanya. Tanpa pengetahuan sesiapa, dia akhirnya melarikan diri kerana lebih rela pergi daripada mendengar lafaz perpisahan yang bakal meniti di bibir Imran.

Naluri seorang suami mendesak Imran untuk terus mencari Shira dengan perasaan kesal yang menggila. Namun pencariannya hampa. Ke manakah Shira membawa diri....

Best sangat2...rugi kalau xbca...

Saturday, October 17, 2009

Nur Kasih


Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan
Nur kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan/( dunia )
Mekar hidup disiram nur kasih

Ya Allah kurniakanlah kami isteri
Dan anak yang soleh
Sebagai penyejuk mata
Pernawar di hati

(Mekar hidup ini disirami nur kasih)

Di tangan-Mu Tuhanku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Rela ku menjadi miliknya

(Mekar disiram nur kasih)

Thursday, October 15, 2009

exam menanti...

Lumbrah hidup sebagai seorang pelajar, tiap2 sem ada exam..huhuhu...kdg2 rasa juga letih asyik exam dan blajar je dr kecik hingga skrg...hehehhe tp xpa, menuntut ilmu itu kan wajib ke atas semua manusia...sem ni bnyk gak paper yg aku amik, dah la bz dengan thesis aku lg, huhuhu harap aku dapat buat yang terbaik dlam exam kali ni...7 paper aku amik termasuk thesis, yg exam cuma 6 paper ja...huhuhu penat tu, tp xpa bg org yg berusaha dan dan bertawakal kepada Allah, InsyaAllah apa yang diusahakan akan beroleh kejayaan...amin...

chayok...chayok....

Wednesday, October 14, 2009

Memori Bersama...







Dalam melalui ranjau duka sebagai seorang pelajar, aku bertuah kerana di kelilingi rakan seperjuang yang sentiasa berada bersamaku tika duka dan duka...Sekalung ucapan terima kasih buat kalian...



Ternyata memori indah kita bersama tak akan ku lupakan walau adakanya hati ini terguris juga dengan sikap kalian. Namun memori indah bersama akan membuat aku lupa pada kedukaan yang dialami.



Antara kalian, banyak ragamnya, aku memperolehi erti persahabatan kita bersama kalian. Ada yang kuat merajuk, ada yang xtahu jaga persaan org dan mcm2 lagi...namun semua itu tetap membuat hati ini gembira dan bahagia menjadi sahabat kalian...



Terima kasih kerana sudi menemaniku meniti sbg seorg pljar di um...love u all myfrend...