? ??????????????Kawasaki? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??4 Grabs Today. 4234 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ?????BFF? ????? ?? ???Rating: 4.0 (106 Ratings)??4 Grabs Today. 3546 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Abstract Glory? ????? ?? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, February 2, 2010

Pisau Raut...


salam kepada semua...

Dalam usaha menyiapkan thesis aku yg bertajuk PEMBENTUKAN ISTILAH DALAM SENI KRAF TANGAN MELAYU: PEMBUATAN WAU...aku telah menemubual seorang tokoh dalam seni pembuatan wau ini. Tokoh ini dikenali dengan nama panggilan tok wan janggut...aku meminta dia menunjukkan kepada aku cara2 untuk membuat sebuah wau...

Sebelum memulakan proses membuat wau, dia memberitahu aku mengenai semua alatan yang ingin digunakan dalam proses ini. Katanya pisau raut amat penting dalam meraut buluh agar menjadi halus. katanya lagi, dia amat menyayangi pisau raut ini, kerana dia membeli pisau raut itu ketika negara masih dalam penjajahan. Usia pisau raut itu, mgkin berusia hampir 60 tahun dan masih berkhidmad kepada tuannya. Sesungguhnya pisau raut ini belum pernah aku lihat...

Saturday, January 16, 2010

Cinta Datang Lagi...


Hehehe ari ni g jalan-jalan kt mid, nak beli bovel tajuk CINTA KEPALA BATU, tapi tergerak hati nak beli novel ni pulak. Novel ni karya BIKASH NUR IDRIS dengan tajuknta CINTA DATANG LAGI. ni sinopsis ceter ni...

Cinta bukan sekadar ungkapan kata-kata.

tapi cinta dalah kejujuran, keikhlasan dan pengorbanan

untuk orang yang dicintai. itu tanggapan

Raisya selama ini terhadap cinta Jaspal. Namun

dia hampa bila lelaki itu memilih gadis

lain sebagai isteri...


Bukan Raisya seorang yang kecewa. Fariz juga turut

terluka bila Shereen, gadis pujaannya

menjadi milik lelaki lain. Yang anehnya...

mereka hadir menyaksikan perkahwinan bekas

kekasih masing2 dlm majlis yg sama..

satu kebetulan yg kemudiannya melorongkan

dua hati yg derita itu menjadi akrab...


Ttp raisya sering menjauh

kerana takut dikecewakan lagi..

Fariz pula tak jemu memujuk...

Di saat Raisya menyerahkan hatinya kepada fariz.

pecah rahisa, rupanya lelaki itu mendekatinya

untuk memiliki Shereen semula. dan Raisya

pula akan mendapat Jaspal kembali..

inikah namanya pengorbanan cinta..


Namun, bagi Fariz, Shereen cuma kenangan silamnya.

dia sudah terpaut pada rasya sejak

pertemuan pertama mereka.

tapi dapatkah dia meyakinkan Raisya

bahawa cinta mereka ada penghujungnya??

Saturday, January 9, 2010

Pengembaraan bersama kawan2

masa ni sap nak jd model jam..tu yg over,hahah
tq tikah tgkp pic yg cantik ni


comey nya baju


jalan-jalan jumpa kasino..hahahha


dlm sky way....




Mungkin pada org lain ini hanya perkara biasa dan tiada yg istimewa, benar kata pujangga, rambut sama hitam, hati berlaina dan cita rasa juga berbeza. namun jauh di sudut hati kecil ku ini, kenangan ini adalah yang terindah dan teristimewa dalam hidupku. syujur ku ke hadhrat Ilahi kerna di beri kesempatan untuk melalui kenangan ini bersama kawan-kawan yang aku sayang dan cintai. pada tarikh 8 januari 2010 iaitu pada hari jumat, aku bersama tikah, yuni dan sap melalui sebuah pengembaraan di alam yang nyata kerana kami berempat pergi jalan-jalan makan angin ke genting highland. namun tetap ada kekosongan di hati ini kerana terpaksa pergi tanpa shida, rehan dan husna kerana mereka mempunyai komitmen lain yang tak dapat dielakan. Heheheheh baru kini ku akui bahawa aku ni gayat dengan tempat-tempat yang tinggi, tapi lain pula bg sap dan yuni, nampak je lemah lembut tau tp dua org ni x gayat dengan tmpt tinggi...heheheh tikah tu sama jer dengan aku, gayat jer...seronok sngt p sana waima cuma seharian tapi memori ini x ku padam selagi hayat di kandug badan...thank my fren coz give me sweet memory wif u all...

Tuesday, January 5, 2010

sekadar coretan bersama...

DI JALAN ALLAH
PERSAHABATAN INI BUKAN MILIKKU
BUKAN JUA MILIKMU
PERSAHABATAN INI ADALAH PERANCANGAN ALLAH
HANYA DIA YANG MENGETAHUI SEGALA RAHSIA
KERANA ALLAH AKU MENGENALI DIRIMU
KERANA DIA JUGA YANG TELAH MENETAPKAN
KITA MENGUKIR 1000 KENANGAN BERSAMA
PERSAHABATAN INI SUDAH PASTI DIHIASI
DENGAN KASIH SAYANG DARINYA.....


Masih ku rasa letihnya haluan siswa julai 2007...saat bermulanya kehidupan aku sebagai seorang mahasiswa UM merangkap penghuni kk8...masih ku rasa baru sahaja aku mengenali kalian...masih ku rasa baru saja kita dipertemukan sebagai seorang sahabat...masih ku rasa kata-kata semangat dan dorongan darimu ketika ku dalam kedukaan dan kehampaan...sungguhnya masih ku rasa baru....
Sudah menjadi lumbrah kepada kehidupan manusia...setiap yang bermula pasti akan berakhir, setiap pertemuan ada pengakhirannya...kerana masa yang pantas berlalu dan mencemburui kehidupan ku di sni...kini ku berada di sem yg terakhir...di mana ku perlu hiasi sisa-sisa kehidupan ku di sini dengan memori indah bersama kalian...agar ingatan ku tak kan pernah lupa untuk merindui ketika bersama kalian...
Sesungguhnya, aku bersyukur...dipertemukan dengan kalian...dengan masa yang hanya beberapa bulan je lagi aku di sini bersama kalian kerna selepas ini kita akan membawa haluan masing-masing...seandai di izinkan Tuhan dan umurku masih panjang....ku bermohon padaNYA agar kita dipertemukan lagi....
Seandai sepanjang perkenalan ku dengan kalian...aku pernah terkasar bahasa atau menguris hati kalian, ku mengharapkan kalian memaafkan ku...kerna aku hanya manusia biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kslpn...Semoga ukwah yg terjalin antara kita akan diberkati Allah.

Wednesday, December 30, 2009

bersama si dia...

panas2 pon nak amik pic lg...heheh

letih jalan2...amik la pic dulu


hehehe...dh my hubby xnak amik pic, aku ja la yg jd model kolam...


puas aku pujuk baru la my hubby ni nak amik pic



tengah bg ikan2 aku makan...hahah





Saturday, November 7, 2009

pengalaman baru...

SAP SEMBUNYIKAN KFC
DALAM BAS UM


citer ni baru jer belaku semalam, dlm kul 5. salah sarong dr KAMI, iaitu ayunie dah lama nk mkn kfc, jd kami pon wat keptsn nak g mkn...hehehehe oleh sebab aku x penah ada pengalaman g mkn kfc jalan kaki, so diarong pon nak la bwk aku ke kfc berjalan kaki...bayangkan dah siap pakai sportshoes, kononnya tkt nanti kaki sakit...mcm nak g joging pulak KAMI. samapai jer kt gate KK8, tiba-tiba hujan pun turun renyai-renyai...dalam hati ni dah rasa hampa ler...memandangkan mastermind KAMI yunie, dia telah memutuskan agar KAMI naik ja bas UM. betapa jauhnya perjalanan, KAMI terpaksa menaiki 2 biji bas..hehehe balik kedah pon naik 1 bas jer...sesampai jer kt lib, KAMI terpaksa la plak tgu bas um untuk ke nine. selepas smpai jer kt nine KAMI pon berjalan ler kaki ke kfc.after makan KAMI pon nak gerak balik ler. tetiba jer tiqah tanya nak balik jalan jauh ke jalan dekat...saja ler tu pekena aku, mentang2 aku xtau shoutcut nak blik um. KAMI pun lalu lah kt belakang fak ekonomi. dengan slumber jer aku cakap kt depa tu ZABA...depa pon pndg aku, tu fak ekonomi ler cik kirah oiiii..masa smpai kt sket, aku pun buat pala tau ler, konon2 aku tahu dah jalan nak balik...si shida pon ikt ler jalan yg dibawa aku...tiqah dgn penuh emosinya berkata...awat shida ang nak ikut jalan sesat yg di bawa oleh kirah ker?heheheh walaupun penat, aku rasa best gak p kfc jalan kaki dgn KAMI.

Friday, November 6, 2009

cerpen ku

Sha, mak kau coll ni! jerit didi dari bawah. aku begitu pantas menuruni tangga kerana aku tak sabar nak cakap dengan mak. Aku tergaman sebentar selepas meletakkan gagang telefon. Sungguh tidak ku sangka ibuku menerima pinangan dari insan yang aku tidak suka dan benci itu. Walalupun peristiwa itu telah berlaku beberapa tahun dulu. pinangan dari ibu haikal telah diterima. Namun jauh disudut hatiku, aku yakin bahawa haikal juga tidak suka dengan hubungan ini. Namun semuanya sudah terlambat apabila mak telah menerima pinangan dari keluarganya.
Perasaan benci dan tidak suka aku pada haikal bermula sejak tingkatan enam. Walaupun sewaktu kecil aku begitu rapat dengannya, namun sewaktu sekolah menengah aku sudah jarang bertemu dengannya, kami telah berjumpa kembali sewaktu memasuki sekolah menengah yang sama. ibu haikal sering berbual dengan aku, dan dia juga asyik menceritakan kisah haikal padaku. Pada mulanya aku tidak kisah sangat, namun setelah kawan baik ku adriana menyatakan bahawa haikal tidak suka aku ceritakan hal dia pada ibunya.
Mula la aku naik bengang kt dia, ada ka patut aku yang dipersalahkan dalam hal ini. Haikal juga sering menunjukan egonya pada aku, walaupun ketika aku bersama-sama rakan lain, dia tidak pernah memandangku apatah lagi untuk menegur aku. Macam la aku heran sangat kalau dia tak tegur aku, bukan aku rugi apa-apa pun, luah ku pada adriana. Kalau di rumah pula aku akan menceritakan hal ini kepada ibuku, namun yang asyik ibuku katakan, biasa lah ego seorang lelaki.
Ada suatu ketika sewaktu perjalanan ku kesekolah, minyak moto aku habis kat tengah jalan. mula lah aku memarahi diri sendiri kerana tidak memeriksa minyak sebelum naik motor. Tetiba Haikal berhenti di depan aku. Terkejut beruk aku.hehehhe kenapa denga motor ang? tanya haikal, minyak moto habis jawab ku tanpa memandang dia. owh..tunggu jap. Mula ler aku pikir napa tetiba mamat egois ni nak tolong aku. tp dia tak ler pula senyum kt aku.
tepi sikit, biar aku tolong! ha dah siap, lain kali jangan pandai naik motor jer tapi tak tahu nak isi minyak. Terima kasih ucap ku sepatah. Kalau ikhlas tak payah la nak tolong..hehehe kataku di dalam hati. Selepas daripada peristiwa itu aku tidak pernah lagi bercakap atau menegurnya. Tetiba jer dalam sekelip mata, haikal menjadi tunang ku. rasa macam tak masuk akal jer.
didi kau tolong tampar aku jap! ko ni apa hal? dah buang tabiat ker? cepat ler. Panggg....aduiiiii satu penampar kt pipi aku. woi sakit ler kata aku. dah tadi ko suruh tampar sangat, amik ko? maknanya aku tidak bermimpi bahawa haikal memang tunang aku. Setelah merasai penampar jepun dari didi, baru lah otak aku dapat berfikir, lebih baik aku col haikal suruh dia batalkan saja pertunangan yang tidak masuk akal ni.
Boleh tak ang batalkan ja pertunangan ni? kita bukanya bercinta, napa yang tetiba masuk minang aku? napa dah buang tabiat ka ang ni? Bertalu-talu soalan dariku. lama haikal diam, akhirnya dia menjawab, ini kehendak keluarga, dia cumu menuruti permintaan ibunya sahaja. jd tak salah pun kalau kita bertunang kalau dah ada jodoh antara kita. Ang ni apa hal? aku tak nak kawin dengan ang, cepat putuskan pertunangan ni? jeritku dalam telefon.
boleh dia cakap, suruh aku yang beritahu dekat keluargaku, kalau betul tak nak bertunang dengan dia. baik haikal, kau ingin bermain tarik tali dengan aku. aku juga ingin turut serta dalam permainan yang tidak masuk akal ini. Kita lihat siapa yang akan merana dalam permainan yang kau mulakan haikal. tp risau juga aku, kalau aku sendiri yang merana dala permainan ini.
BERSAMBUNG...