? ??????????????Kawasaki? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??4 Grabs Today. 4234 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ?????BFF? ????? ?? ???Rating: 4.0 (106 Ratings)??4 Grabs Today. 3546 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Abstract Glory? ????? ?? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, April 30, 2010

Kata Sang Pujangga

Aku sendiri sukar mengerti
Mengapa jangtung ini berdebar bagaikan mahu gugur ke bumi
Aku sendiri tidak memahami
Mengapa terasa sepi dunia ini apabila kau jauh dari sisi
Tersentak diriku apabila hati ini berlajar mengenal erti cemburu
Aku kelu sendiri, memikirkan keanehan yang menimpa diri
Seakan-akan aku melayang di udara
Ohh...indahnya perasaan ini, membuatkan aku sentiasa ingin tersenyum selalu.
Kupandang wajahnya yang tidak seindah ratu cantik Malaysia
Jauh sekali ratu cantik dunia
Kulihat senyumnya yang tidak semanis Nora Danish
Oppss itu isteri Maya.
Aku kelu sendiri, kaku bagaikan lumpuh seluruh badan
Ohh...di manakah keindahan wanita
Aku tidak percaya bahawa aku boleh mencintai wanita ini
Tidak ada apa-apa keistimewaan padanya untuk kubanggakan
Sekelumit pun tidak ada ciri-ciri wanita idamanku
Lalu, aku memilih untuk meninggalkan, menjauhi
Aku memilih untuk melukai hatinya
Melukai perasaannya. Aku memaksa diri untuk mengasarinya
Aku terpaksa melakukannya demi membuang perasaan ini
Demi membunuh cinta ini, dan menamatkan rasa sayang ini.
Namun, sukarnya membuang rasa rindu
Kosongnya jiwa ini tanpamu di sisi wahai gadisku
Aku mahu mengetepikan segalanya
Aku mahu kau menjadi permaisuriku wahai gadis
Namun malangnya kau kini dikebas musuhku
Peritnya hati ini menyedari rupanya tiada cinta darimu untukku
Namun egoku tidak akan menyerah kalah...
Kau akan kumiliki
Tidak akan pernah aku membenarkan kesukaanku dirampas orang
Sekalipun kau menangis air mata darah untuk kembali kepada kekasihmu
Tidak akan aku lemah terhadap air matamu itu...
Kerana kini baru kusedari,
Kaulah wanita yang sangat cantik dalam hidupku selain nenekku
Wahai gadisku, akulah sang pujangga yang tak pernah lelah...

Wednesday, April 28, 2010

Secangkir Kenangan...

kisah bermula februari 2005...antara sahabat dan cinta. Kisah ini melibatkan tiga watak utama antara adam, aidil dan hawa. cerita ini mengisahkan percintaan yang tak terungkap, perasaan yang tidak terluah membawa sebuah kecewaan yang besar kepada satu pihak namun satu pihak lagi menikmati kebahagiaan...

Adam dan hawa merupakan sahabat di alam maya, tidak pernah bertemu hanya perhubungan melalui tulisan dan suara sahaja. Namun kedua sahabat ini amat akrab, boleh berkongsi apa sahaja antara mereka. ibarat tiada rahsia lagi. Dalam diam hawa mula merasa bibit-bibit sayang, namun dia tidak tahu apakah itu erti cinta seorang perempuan kepada lelaki atau sayang seorang sahabt.

Perhubungan ini berlanjutan hingga hampir 6 bulan, mereka berdua ibarat sepasang kekasih, tp adam tidak pernah melamar hawa sebagai kekasih,, mgkin adam mengharapkan hawa dapat memahami erti dan perasaannya..panggilan manja untuk adam adalah bby dan untuk hawa adalah syg...namun hawa masih tak mengerti, adakah ini cinta atau persahabatan...

Ogos 2005, hawa mengenali aidil..mereka kerap berjumpa dan aidil telah melamar hawa sebagai kekasihnya, namun pada ketika itu, hawa masih berbelah bahagi, mgkin kerana perasaannya kepada adam...hawa meminta tempoh untuk memikirkan lamaran aidil..hawa masih menanti adam...namun adam masih seperti biasa....

Akhirnya, hawa memutuskan untuk menerima lamaran aidil..kerana hawa sendiri tak pasti, adakah adam mempunyai perasaan atau hanya menganggapnya sebagai seorang sahabt. hawa menceritakan segalanya pada aidil, dia faham dan akan memberi masa untik hawa melupakan adam.

Adam: napa hawa buat adam mcm ni? napa hawa mempermainkan adam?
Hawa: apa salah hawa pada adam? hawa menanti dan terus menanti adam meluahkan perasaan adam, namun hawa kecewa...adam tak pernah yakin dengan diri adam.biarlah hubungan ini berakhir sebagai sahabat...

Peristiwa itu berlalu hampir 3 tahun, kini hawa masih bersama aidil...walau pun secangkir kenangan bersama adam, xkan di lupakannya.

mei 2009
kerana hawa, adam dh xder perassaan lg dkt pempuan, kerana hawa, hdp adam x terurus, kerana hawa dunia adam kelam..adam sentiasa merindui saat masa kita bersama..hawa kembalilah kepada adam...dalam diri ini amat mnyintai mu...

mac 2010
maafkan Hawa....Adam dah terlewat....

Wednesday, April 21, 2010

Anak Kucing Comel

peristiwa ini berlaku seminggu yg lepas. sewaktu hari bekerja dan ketika orang ramai pulang dari keja.aku yg kebosanan pada petang itu membuatkan aku terasa ingin joging (hehehe berniat untuk kurus kan badan). Aku pon mula la joging sehingga di depan main libry, aku lihat jalan jam di persimpangan tersebut. Dalam hati aku terdetik, mungkin berlaku kemalangan, tapi apabila sampai ditempat kejadian aku lihat dua biji kereta berhenti. dibelakan kereta tersebut telah jam dan hon sentiasa berbunyi. tetiba ada seorang wanita yang mgkin dalam lingkungan 40-an turun dari kereta. dia pergi ke hadapan kereta tersebut dan tunduk seolah-olah mencari sesuatu. sekejap ke tepi kereta dan kemudian ke hadapan kereta pulak. setelah itu, turun pulak seorang wanita dari kereta tersebut. kedua-dua ini seolah-olah cuba menangkap sesuatu. aku kira hampir 5 minit juga masa diambil oleh dua wanita itu. akhirnya wanita tersebut berjaya menangkap seekor anak kucing yang comel lalu dibawa masuk ke dalam keretanya. Selepas itu, jalan raya tersebut kembali seperti biasa dan aku pon meneruskan usaha aku...semoga dua orang wanita tersebut mendapat pahala yg banyak kerana menyelamatkan anak kucing itu dari dilanggar oleh kereta lain...

Friday, March 26, 2010

Semusim Bersama

indahnya...
saat bersama

mid menjadi saksi



sweet....



sebuah kisah kita...




Thursday, March 25, 2010

Akhirnya Pisang Berbuah Dua Kali...

Ku sangkakan panas hingga ke petang namun hujan turun d tengah hari...aku sangka ukhwah ini akal kekal selamanya namun retak d tengah jalan...sesungguhnya aku terluka lagi dengan sebuah persahabatan yang amat aku sayangi...mungkin sudah takdir kehidupanku bahawa aku akan sering dilukai...aku xtahu d mana silap diri ini, mungkin terlalu lemah dan serba kekurangan untuk mendampingi kalian...mungkin aku ni x sebaik kalian...mgkin aku ini xsebijak kalian...sesungguhnya aku xtau kenapa ini terjadi di saat perpisahan hampir tiba...izinkan aku menyimpan seribu kenangan manis setiap saat dan ketika bersama kalian...aku senyap kerana xnak d lukai lagi...aku senyap kerana takut berakhirnya kisah kita...aku senyap takut aku akan terus membuat kalian kecewa...biarlah aku senyap menyimpaan kelukaan ini...biarkan aku senyap tanpa bicara....Hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku amat menghargai kalian walaupun ke sedar yg ku hanya menumpang kasih kalian....
salam seribu kemaafan dariku......

Saturday, February 27, 2010

mohd nash rayyan darwisy

along dan angah

hehehehe

comey nya dia tdo


dah boleh meniarap




baby rayyan




sayang semua

dengan tikah bucuk

tq rehan tlg amik pic


hahahah tikah jd mangsa amik pic plak

ni msti adeq haikal yg tlg ami pic



mlm sebelum g klate





novel salam maria

Alhamdulilah akhirnya selesai pembacaan aku tehadap sebuah novel yang di tulis oleh Fatimah Busu. Terus terang ku katakan sebelum aku membaca novel ini, terlalu banyak perkara-perkara yang negatif dilemparkan pada novel ini. Benar kata orang, tak kenal maka tak cinta. setelah memiliki novel ini, yang pada asalnya untuk bahan assmt bg subjek novel aku, dan tujuan membaca nya hanya semata-mata untuk assmt. tp setelah aku tamat membacanya, baru aku sedar terlalu banyak khazanah ilmu yang terdapat dalam novel in. terasa rugu bagi sesiapa yang belum pernah membacanya.Ingin ku coretkan serba sedikit pengalaman aku membaca novel salam maria ni.
Pada permulaan novel ini, ku rasakan sangat tidak menarik dan agar bersifat ilmiah dan keislamikan. Namun, selepas membacanya pada pertengahan, aku rsakan jalan ceritanya sangat menarik.terus terang ku katakan bahawa pengarang mampu membangkitkan daya imaginasiku terhadap jalan cerita ini. bg sesiapa yang mengatakan novel ini pada tahap yang negatif, sudah tentu mereka tidak membaca dengan hati yang ikhlas.
Terlalu banyak ilmu yang dapat ku kutip sepanjang perjalanan pembacaan ku ini. kisah seorang wanita yang sentiasa diuji oleh Allah S.W.T, namun insan yang bernama maria zaitun ini, tidak pernah berputus asa, sebaliknya tetap bersabar dengan setiap dugaan yang menimpanya...benar sekali bahawa pengetahuan agamaku begitu cetek. sesungguhnya, aku belum pernah mendengar mengenai kisah saidatina nafisah pada zaman nabi dahulu, di dalam novek ini, diceritakan kisah mengenainya.
ilmu-ilmu yang berkaitan dengan agama begitu terpancar dalam karya ini. semoga pengarang novel ini diberkati Allah.....TAHNIAH SALAM MARIA

Tuesday, February 2, 2010

Pisau Raut...


salam kepada semua...

Dalam usaha menyiapkan thesis aku yg bertajuk PEMBENTUKAN ISTILAH DALAM SENI KRAF TANGAN MELAYU: PEMBUATAN WAU...aku telah menemubual seorang tokoh dalam seni pembuatan wau ini. Tokoh ini dikenali dengan nama panggilan tok wan janggut...aku meminta dia menunjukkan kepada aku cara2 untuk membuat sebuah wau...

Sebelum memulakan proses membuat wau, dia memberitahu aku mengenai semua alatan yang ingin digunakan dalam proses ini. Katanya pisau raut amat penting dalam meraut buluh agar menjadi halus. katanya lagi, dia amat menyayangi pisau raut ini, kerana dia membeli pisau raut itu ketika negara masih dalam penjajahan. Usia pisau raut itu, mgkin berusia hampir 60 tahun dan masih berkhidmad kepada tuannya. Sesungguhnya pisau raut ini belum pernah aku lihat...

Saturday, January 16, 2010

Cinta Datang Lagi...


Hehehe ari ni g jalan-jalan kt mid, nak beli bovel tajuk CINTA KEPALA BATU, tapi tergerak hati nak beli novel ni pulak. Novel ni karya BIKASH NUR IDRIS dengan tajuknta CINTA DATANG LAGI. ni sinopsis ceter ni...

Cinta bukan sekadar ungkapan kata-kata.

tapi cinta dalah kejujuran, keikhlasan dan pengorbanan

untuk orang yang dicintai. itu tanggapan

Raisya selama ini terhadap cinta Jaspal. Namun

dia hampa bila lelaki itu memilih gadis

lain sebagai isteri...


Bukan Raisya seorang yang kecewa. Fariz juga turut

terluka bila Shereen, gadis pujaannya

menjadi milik lelaki lain. Yang anehnya...

mereka hadir menyaksikan perkahwinan bekas

kekasih masing2 dlm majlis yg sama..

satu kebetulan yg kemudiannya melorongkan

dua hati yg derita itu menjadi akrab...


Ttp raisya sering menjauh

kerana takut dikecewakan lagi..

Fariz pula tak jemu memujuk...

Di saat Raisya menyerahkan hatinya kepada fariz.

pecah rahisa, rupanya lelaki itu mendekatinya

untuk memiliki Shereen semula. dan Raisya

pula akan mendapat Jaspal kembali..

inikah namanya pengorbanan cinta..


Namun, bagi Fariz, Shereen cuma kenangan silamnya.

dia sudah terpaut pada rasya sejak

pertemuan pertama mereka.

tapi dapatkah dia meyakinkan Raisya

bahawa cinta mereka ada penghujungnya??

Saturday, January 9, 2010

Pengembaraan bersama kawan2

masa ni sap nak jd model jam..tu yg over,hahah
tq tikah tgkp pic yg cantik ni


comey nya baju


jalan-jalan jumpa kasino..hahahha


dlm sky way....




Mungkin pada org lain ini hanya perkara biasa dan tiada yg istimewa, benar kata pujangga, rambut sama hitam, hati berlaina dan cita rasa juga berbeza. namun jauh di sudut hati kecil ku ini, kenangan ini adalah yang terindah dan teristimewa dalam hidupku. syujur ku ke hadhrat Ilahi kerna di beri kesempatan untuk melalui kenangan ini bersama kawan-kawan yang aku sayang dan cintai. pada tarikh 8 januari 2010 iaitu pada hari jumat, aku bersama tikah, yuni dan sap melalui sebuah pengembaraan di alam yang nyata kerana kami berempat pergi jalan-jalan makan angin ke genting highland. namun tetap ada kekosongan di hati ini kerana terpaksa pergi tanpa shida, rehan dan husna kerana mereka mempunyai komitmen lain yang tak dapat dielakan. Heheheheh baru kini ku akui bahawa aku ni gayat dengan tempat-tempat yang tinggi, tapi lain pula bg sap dan yuni, nampak je lemah lembut tau tp dua org ni x gayat dengan tmpt tinggi...heheheh tikah tu sama jer dengan aku, gayat jer...seronok sngt p sana waima cuma seharian tapi memori ini x ku padam selagi hayat di kandug badan...thank my fren coz give me sweet memory wif u all...

Tuesday, January 5, 2010

sekadar coretan bersama...

DI JALAN ALLAH
PERSAHABATAN INI BUKAN MILIKKU
BUKAN JUA MILIKMU
PERSAHABATAN INI ADALAH PERANCANGAN ALLAH
HANYA DIA YANG MENGETAHUI SEGALA RAHSIA
KERANA ALLAH AKU MENGENALI DIRIMU
KERANA DIA JUGA YANG TELAH MENETAPKAN
KITA MENGUKIR 1000 KENANGAN BERSAMA
PERSAHABATAN INI SUDAH PASTI DIHIASI
DENGAN KASIH SAYANG DARINYA.....


Masih ku rasa letihnya haluan siswa julai 2007...saat bermulanya kehidupan aku sebagai seorang mahasiswa UM merangkap penghuni kk8...masih ku rasa baru sahaja aku mengenali kalian...masih ku rasa baru saja kita dipertemukan sebagai seorang sahabat...masih ku rasa kata-kata semangat dan dorongan darimu ketika ku dalam kedukaan dan kehampaan...sungguhnya masih ku rasa baru....
Sudah menjadi lumbrah kepada kehidupan manusia...setiap yang bermula pasti akan berakhir, setiap pertemuan ada pengakhirannya...kerana masa yang pantas berlalu dan mencemburui kehidupan ku di sni...kini ku berada di sem yg terakhir...di mana ku perlu hiasi sisa-sisa kehidupan ku di sini dengan memori indah bersama kalian...agar ingatan ku tak kan pernah lupa untuk merindui ketika bersama kalian...
Sesungguhnya, aku bersyukur...dipertemukan dengan kalian...dengan masa yang hanya beberapa bulan je lagi aku di sini bersama kalian kerna selepas ini kita akan membawa haluan masing-masing...seandai di izinkan Tuhan dan umurku masih panjang....ku bermohon padaNYA agar kita dipertemukan lagi....
Seandai sepanjang perkenalan ku dengan kalian...aku pernah terkasar bahasa atau menguris hati kalian, ku mengharapkan kalian memaafkan ku...kerna aku hanya manusia biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kslpn...Semoga ukwah yg terjalin antara kita akan diberkati Allah.