? ??????????????Kawasaki? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??4 Grabs Today. 4234 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ?????BFF? ????? ?? ???Rating: 4.0 (106 Ratings)??4 Grabs Today. 3546 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Abstract Glory? ????? ?? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, December 30, 2009

bersama si dia...

panas2 pon nak amik pic lg...heheh

letih jalan2...amik la pic dulu


hehehe...dh my hubby xnak amik pic, aku ja la yg jd model kolam...


puas aku pujuk baru la my hubby ni nak amik pic



tengah bg ikan2 aku makan...hahah





Saturday, November 7, 2009

pengalaman baru...

SAP SEMBUNYIKAN KFC
DALAM BAS UM


citer ni baru jer belaku semalam, dlm kul 5. salah sarong dr KAMI, iaitu ayunie dah lama nk mkn kfc, jd kami pon wat keptsn nak g mkn...hehehehe oleh sebab aku x penah ada pengalaman g mkn kfc jalan kaki, so diarong pon nak la bwk aku ke kfc berjalan kaki...bayangkan dah siap pakai sportshoes, kononnya tkt nanti kaki sakit...mcm nak g joging pulak KAMI. samapai jer kt gate KK8, tiba-tiba hujan pun turun renyai-renyai...dalam hati ni dah rasa hampa ler...memandangkan mastermind KAMI yunie, dia telah memutuskan agar KAMI naik ja bas UM. betapa jauhnya perjalanan, KAMI terpaksa menaiki 2 biji bas..hehehe balik kedah pon naik 1 bas jer...sesampai jer kt lib, KAMI terpaksa la plak tgu bas um untuk ke nine. selepas smpai jer kt nine KAMI pon berjalan ler kaki ke kfc.after makan KAMI pon nak gerak balik ler. tetiba jer tiqah tanya nak balik jalan jauh ke jalan dekat...saja ler tu pekena aku, mentang2 aku xtau shoutcut nak blik um. KAMI pun lalu lah kt belakang fak ekonomi. dengan slumber jer aku cakap kt depa tu ZABA...depa pon pndg aku, tu fak ekonomi ler cik kirah oiiii..masa smpai kt sket, aku pun buat pala tau ler, konon2 aku tahu dah jalan nak balik...si shida pon ikt ler jalan yg dibawa aku...tiqah dgn penuh emosinya berkata...awat shida ang nak ikut jalan sesat yg di bawa oleh kirah ker?heheheh walaupun penat, aku rasa best gak p kfc jalan kaki dgn KAMI.

Friday, November 6, 2009

cerpen ku

Sha, mak kau coll ni! jerit didi dari bawah. aku begitu pantas menuruni tangga kerana aku tak sabar nak cakap dengan mak. Aku tergaman sebentar selepas meletakkan gagang telefon. Sungguh tidak ku sangka ibuku menerima pinangan dari insan yang aku tidak suka dan benci itu. Walalupun peristiwa itu telah berlaku beberapa tahun dulu. pinangan dari ibu haikal telah diterima. Namun jauh disudut hatiku, aku yakin bahawa haikal juga tidak suka dengan hubungan ini. Namun semuanya sudah terlambat apabila mak telah menerima pinangan dari keluarganya.
Perasaan benci dan tidak suka aku pada haikal bermula sejak tingkatan enam. Walaupun sewaktu kecil aku begitu rapat dengannya, namun sewaktu sekolah menengah aku sudah jarang bertemu dengannya, kami telah berjumpa kembali sewaktu memasuki sekolah menengah yang sama. ibu haikal sering berbual dengan aku, dan dia juga asyik menceritakan kisah haikal padaku. Pada mulanya aku tidak kisah sangat, namun setelah kawan baik ku adriana menyatakan bahawa haikal tidak suka aku ceritakan hal dia pada ibunya.
Mula la aku naik bengang kt dia, ada ka patut aku yang dipersalahkan dalam hal ini. Haikal juga sering menunjukan egonya pada aku, walaupun ketika aku bersama-sama rakan lain, dia tidak pernah memandangku apatah lagi untuk menegur aku. Macam la aku heran sangat kalau dia tak tegur aku, bukan aku rugi apa-apa pun, luah ku pada adriana. Kalau di rumah pula aku akan menceritakan hal ini kepada ibuku, namun yang asyik ibuku katakan, biasa lah ego seorang lelaki.
Ada suatu ketika sewaktu perjalanan ku kesekolah, minyak moto aku habis kat tengah jalan. mula lah aku memarahi diri sendiri kerana tidak memeriksa minyak sebelum naik motor. Tetiba Haikal berhenti di depan aku. Terkejut beruk aku.hehehhe kenapa denga motor ang? tanya haikal, minyak moto habis jawab ku tanpa memandang dia. owh..tunggu jap. Mula ler aku pikir napa tetiba mamat egois ni nak tolong aku. tp dia tak ler pula senyum kt aku.
tepi sikit, biar aku tolong! ha dah siap, lain kali jangan pandai naik motor jer tapi tak tahu nak isi minyak. Terima kasih ucap ku sepatah. Kalau ikhlas tak payah la nak tolong..hehehe kataku di dalam hati. Selepas daripada peristiwa itu aku tidak pernah lagi bercakap atau menegurnya. Tetiba jer dalam sekelip mata, haikal menjadi tunang ku. rasa macam tak masuk akal jer.
didi kau tolong tampar aku jap! ko ni apa hal? dah buang tabiat ker? cepat ler. Panggg....aduiiiii satu penampar kt pipi aku. woi sakit ler kata aku. dah tadi ko suruh tampar sangat, amik ko? maknanya aku tidak bermimpi bahawa haikal memang tunang aku. Setelah merasai penampar jepun dari didi, baru lah otak aku dapat berfikir, lebih baik aku col haikal suruh dia batalkan saja pertunangan yang tidak masuk akal ni.
Boleh tak ang batalkan ja pertunangan ni? kita bukanya bercinta, napa yang tetiba masuk minang aku? napa dah buang tabiat ka ang ni? Bertalu-talu soalan dariku. lama haikal diam, akhirnya dia menjawab, ini kehendak keluarga, dia cumu menuruti permintaan ibunya sahaja. jd tak salah pun kalau kita bertunang kalau dah ada jodoh antara kita. Ang ni apa hal? aku tak nak kawin dengan ang, cepat putuskan pertunangan ni? jeritku dalam telefon.
boleh dia cakap, suruh aku yang beritahu dekat keluargaku, kalau betul tak nak bertunang dengan dia. baik haikal, kau ingin bermain tarik tali dengan aku. aku juga ingin turut serta dalam permainan yang tidak masuk akal ini. Kita lihat siapa yang akan merana dalam permainan yang kau mulakan haikal. tp risau juga aku, kalau aku sendiri yang merana dala permainan ini.
BERSAMBUNG...

Sunday, October 18, 2009

Tiada Yang Kedua...


Novel baru beli td...best sngt cter ni...

Sinopsis ceter ni....

Nur Shahirah Batrisya berasa bahagia menantikan saat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan keluarga. Namun, keindahan malam pengantin yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Lelaki yang baru sahaja menikahinya membongkar rahsia yang sangat pahit untuk ditelan.

Di birai katil mempelai yang dihias indah, Imran dengan angkuh mengakui hatinya sudah dimiliki. Malam pertama itu juga menjadi saksi Imran melafazkan perjanjian yang tidak diduga. Dua tahun lagi perkahwinan itu mesti dinoktahkan. Shira akur menerima keputusan suaminya. Hanya pilu yang menemaninya membilang hari-hari yang bakal menjanjikan status janda muda buatnya. Sesungguhnya dia kecewa.

Semakin hampir dengan hari yang dijanjikan, Shira berperang dengan perasaan keliru yang merantai jiwanya. Tanpa pengetahuan sesiapa, dia akhirnya melarikan diri kerana lebih rela pergi daripada mendengar lafaz perpisahan yang bakal meniti di bibir Imran.

Naluri seorang suami mendesak Imran untuk terus mencari Shira dengan perasaan kesal yang menggila. Namun pencariannya hampa. Ke manakah Shira membawa diri....

Best sangat2...rugi kalau xbca...

Saturday, October 17, 2009

Nur Kasih


Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan
Nur kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan/( dunia )
Mekar hidup disiram nur kasih

Ya Allah kurniakanlah kami isteri
Dan anak yang soleh
Sebagai penyejuk mata
Pernawar di hati

(Mekar hidup ini disirami nur kasih)

Di tangan-Mu Tuhanku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Rela ku menjadi miliknya

(Mekar disiram nur kasih)

Thursday, October 15, 2009

exam menanti...

Lumbrah hidup sebagai seorang pelajar, tiap2 sem ada exam..huhuhu...kdg2 rasa juga letih asyik exam dan blajar je dr kecik hingga skrg...hehehhe tp xpa, menuntut ilmu itu kan wajib ke atas semua manusia...sem ni bnyk gak paper yg aku amik, dah la bz dengan thesis aku lg, huhuhu harap aku dapat buat yang terbaik dlam exam kali ni...7 paper aku amik termasuk thesis, yg exam cuma 6 paper ja...huhuhu penat tu, tp xpa bg org yg berusaha dan dan bertawakal kepada Allah, InsyaAllah apa yang diusahakan akan beroleh kejayaan...amin...

chayok...chayok....

Wednesday, October 14, 2009

Memori Bersama...







Dalam melalui ranjau duka sebagai seorang pelajar, aku bertuah kerana di kelilingi rakan seperjuang yang sentiasa berada bersamaku tika duka dan duka...Sekalung ucapan terima kasih buat kalian...



Ternyata memori indah kita bersama tak akan ku lupakan walau adakanya hati ini terguris juga dengan sikap kalian. Namun memori indah bersama akan membuat aku lupa pada kedukaan yang dialami.



Antara kalian, banyak ragamnya, aku memperolehi erti persahabatan kita bersama kalian. Ada yang kuat merajuk, ada yang xtahu jaga persaan org dan mcm2 lagi...namun semua itu tetap membuat hati ini gembira dan bahagia menjadi sahabat kalian...



Terima kasih kerana sudi menemaniku meniti sbg seorg pljar di um...love u all myfrend...

Sunday, October 11, 2009

Berakhir Sebuah Penantian...


di pangkuan mamanya.....





MOHD RAYYAN DARWISY

salam...huhuhu dh lama rasanya aku xupdate blog ni...maklumlah aku ni kn cibuk dgn mcm2 hal yang tak pernah siap...namun ada ceter baru yg ingin ku coretkan buat tatapan mata yang ingin melayari blog aku ini. Setelah sembilan bulan menanti...akhirnya





Pada pkul 7 pg 10/10/2009 lahirlah seorang bayi lelaki yg comey di hospital sultanah bahiyah alor star kedah. utk pengetahuan kalian, baby boy ni berat sangat dr abg dai dulu, 4.2 kg.heheheheh





dulu aku ingatkan dapat baby girl tp dpt bby boy, xkisah pon yg penting baby ni cihat. Bby boy ni akan diberi nama MOHD RAYYAN DARWISY..sdp x?? abg dia dulu mohd airil darwisy...rayyan merupakan anak sedara aku yg kelima.





Buat shifa yg masih mnjdi cucu tunggul dalam family, tahniah ek...hehehhe lum tergugat lah..apa2 pon mak su tetap sygkan kalian...semua anak sedaraku yg tersayang...sinarilah keluarga kita dengan kebahagiaan....kerana dengan kehadiran kalian semua hidup keluarga kita lebih bermakna...









Tuesday, August 11, 2009

Persiapan Ramadhan

Persiapan Mental
Persiapan mental untuk puasa dan ibadah terkait lainnya sangat penting. Apalagi pada saat menjelang hari-hari terakhir, karena tarikan keluarga yang ingin belanja mempersiapkan hari raya, pulang kampung dll, sangat mempengaruhi umat Islam dalam menunaikan kekhusu’an ibadah Ramadhan. Dan kesuksesan ibadah Ramadhan seorang muslim dilihat dari akhirnya. Jika akhir Ramadhan diisi dengan i’tikaf dan taqarrub yang lainnya, maka insya Allah dia termasuk yang sukses dalam melaksanakan ibadah Ramadhan.

Persiapan ruhiyah (spiritual)
Persiapan ruhiyah dapat dilakukan dengan memperbanyak ibadah, seperti memperbanyak membaca Al-Qur’an saum sunnah, dzikir, do’a dll. Dalam hal mempersiapkan ruhiyah, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam mencontohkan kepada umatnya dengan memperbanyak puasa di bulan Sya’ban, sebagaimana yang diriwayatkan ‘Aisyah ra. berkata:” Saya tidak melihat Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam menyempurnakan puasanya, kecuali di bulan Ramadhan. Dan saya tidak melihat dalam satu bulan yang lebih banyak puasanya kecuali pada bulan Sya’ban” (HR Muslim).

Persiapan fikriyah
Persiapan fikriyah atau akal dilakukan dengan mendalami ilmu, khususnya ilmu yang terkait dengan ibadah Ramadhan. Banyak orang yang berpuasa tidak menghasilan kecuali lapar dan dahaga. Hal ini dilakukan karena puasanya tidak dilandasi dengan ilmu yang cukup. Seorang yang beramal tanpa ilmu, maka tidak menghasilkan kecuali kesia-siaan belaka.

Persiapan Fisik dan Materi
Seorang muslim tidak akan mampu atau berbuat maksimal dalam berpuasa jika fisiknya sakit. Oleh karena itu mereka dituntut untuk menjaga kesehatan fisik, kebersihan rumah, masjid dan lingkungan. Rasulullah mencontohkan kepada umat agar selama berpuasa tetap memperhatikan kesehatan. Hal ini terlihat dari beberapa peristiwa di bawah ini :• Menyikat gigi dengan siwak (HR. Bukhori dan Abu Daud).• Berobat seperti dengan berbekam (Al-Hijamah) seperti yang diriwayatkan Bukhori dan Muslim.• Memperhatikan penampilan, seperti pernah diwasiatkan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam kepada sahabat Abdullah ibnu Mas’ud ra, agar memulai puasa dengan penampilan baik dan tidak dengan wajah yang cemberut. (HR. Al-Haitsami).Sarana penunjang yang lain yang harus disiapkan adalah materi yang halal untuk bekal ibadah Ramadhan. Idealnya seorang muslim telah menabung selama 11 bulan sebagai bekal ibadah Ramadhan. Sehingga ketika datang Ramadhan, dia dapat beribadah secara khusu’ dan tidak berlebihan atau ngoyo dalam mencari harta atau kegiatan lain yang mengganggu kekhusu’an ibadah Ramadhan.

Merencanakan Peningkatan Prestasi Ibadah (Syahrul Ibadah)
Ibadah Ramadhan dari tahun ke tahun harus meningkat. Tahun depan harus lebih baik dari tahun ini, dan tahun ini harus lebih baik dari tahun lalu. Ibadah Ramadhan yang kita lakukan harus dapat merubah dan memberikan output yang positif. Perubahan pribadi, perubahan keluarga, perubahan masyarakat dan perubahan sebuah bangsa. Allah SWT berfirman : « Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri » (QS AR- Ra’du 11). Diantara bentuk-bentuk peningkatan amal Ibadah seorang muslim di bulan Ramadhan, misalnya; peningkatan, ibadah puasa, peningkatan dalam tilawah Al-Qur’an, hafalan, pemahaman dan pengamalan. Peningkatan dalam aktifitas sosial, seperti: infak, memberi makan kepada tetangga dan fakir-miskin, santunan terhadap anak yatim, beasiswa terhadap siswa yang membutuhkan dan meringankan beban umat Islam. Juga merencanakan untuk mengurangi pola hidup konsumtif dan memantapkan tekad untuk tidak membelanjakan hartanya, kecuali kepada pedagang dan produksi negeri kaum muslimin, kecuali dalam keadaan yang sulit (haraj).

Menjadikan Ramadhan sebagai Syahrut Taubah (Bulan Taubat)
Bulan Ramadhan adalah bulan dimana syetan dibelenggu, hawa nafsu dikendalikan dengan puasa, pintu neraka ditutup dan pintu surga dibuka. Sehingga bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat kondusif untuk bertaubat dan memulai hidup baru dengan langkah baru yang lebih Islami. Taubat berarti meninggalkan kemaksiatan, dosa dan kesalahan serta kembali kepada kebenaran. Atau kembalinya hamba kepada Allah SWT, meninggalkan jalan orang yang dimurkai dan jalan orang yang sesat.Taubat bukan hanya terkait dengan meninggalkan kemaksiatan, tetapi juga terkait dengan pelaksanaan perintah Allah. Orang yang bertaubat masuk kelompok yang beruntung. Allah SWT. berfirman: “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung” (QS An-Nuur 31).Oleh karena itu, di bulan bulan Ramadhan orang-orang beriman harus memperbanyak istighfar dan taubah kepada Allah SWT. Mengakui kesalahan dan meminta ma’af kepada sesama manusia yang dizhaliminya serta mengembalikan hak-hak mereka. Taubah dan istighfar menjadi syarat utama untuk mendapat maghfiroh (ampunan), rahmat dan karunia Allah SWT. “Dan (dia berkata): "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa." (QS Hud 52)

Menjadikan bulan Ramadhan sebagai Syahrut Tarbiyah, Da’wah
Bulan Ramadhan harus dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh para da’i dan ulama untuk melakukan da’wah dan tarbiyah. Terus melakukan gerakan reformasi (harakatul ishlah). Membuka pintu-pintu hidayah dan menebar kasih sayang bagi sesama. Meningkatkan kepekaan untuk menolak kezhaliman dan kemaksiatan. Menyebarkan syiar Islam dan meramaikan masjid dengan aktifitas ta’lim, kajian kitab, diskusi, ceramah dll, sampai terwujud perubahan-perubahan yang esensial dan positif dalam berbagai bidang kehidupan. Ramadhan bukan bulan istirahat yang menyebabkan mesin-mesin kebaikan berhenti bekerja, tetapi momentum tahunan terbesar untuk segala jenis kebaikan, sehingga kebaikan itulah yang dominan atas keburukan. Dan dominasi kebaikan bukan hanya dibulan Ramadhan, tetapi juga diluar Ramadhan.

Menjadikan Ramadhan sebagai Syahrul Muhasabah (Bulan Evaluasi)
Dan terakhir, semua ibadah Ramadhan yang telah dilakukan tidak boleh lepas dari muhasabah atau evaluasi. Muhasabah terhadap langkah-langkah yang telah kita perbuat dengan senantiasa menajamkan mata hati (bashirah), sehingga kita tidak menjadi orang/kelompok yang selalu mencari-cari kesalahan orang/kelompok lain tanpa mau bergeser dari perbuatan kita sendiri yang mungkin jelas kesalahannya. Semoga Allah SWT senantiasa menerima shiyam kita dan amal shaleh lainnya dan mudah-mudahan tarhib ini dapat membangkitkan semangat beribadah kita sekalian sehingga membuka peluang bagi terwujudnya Indonesia yang lebih baik, lebih aman, lebih adil dan lebih sejahtera. Dan itu baru akan terwujud jika bangsa ini yang mayoritasnya adalah umat Islam kembali kepada Syariat Allah. []

Tuesday, August 4, 2009

Antara Jenis-Jenis Wau

WAU KUCING



WAU KENYALANG


WAU HELANG

WAU DAUN



WAU BULAN




Seni Wau...

Permainan tradisional??? wau???? sesuatu yang aku pandang enteng selama ni...bagi aku zaman makin maju, dunia kian berubah, begitu juga permainan...mungkin kerana aku dilahirkan sebagai seorang perempuan maka aku kurang berminat permainan wau. Apatah lagi aku seolah-olah buta dalam seni wau,kerana aku tidak tahu langsung tentang wau,,jenis-jenis wau juga aku tak tahu...hanya aku tahu wau bulan...

namun siapa sangka, kuasa Allah maha agung, kerana aku sekarang berusaha menyiapkan thesis aku yang bertajuk PERISTILAHAN DALAM PROSES PEMBUATAN WAU...bayanagkan dari seorang yang tak tahu dan x minat tentang wau, kini sudah banyak yang aku tahu tentang wau....

siapa cakap permainan trasisional tak penting....bagi aku kini, wau merupakan warisan yang sangat berharga dan sepatutnya dihargai oleh masyarakat yang serba moden ini...sebenarnya seni wau sanagt unik, cantik dan mempunyai nilai estetika yang begitu tinggi...aku juga ingin berkongsi maklumat tentang seni wau kepada sesipa juga yang mencintai permainan tradisional terutama wau....

Latar Belakang Wau
Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.

Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau.
Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.


Permainan layang-layang atau wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan semenjak lebih 500 tahun yang lalu. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Musim bermain wau adalah buluh yang diraut halus yang ditampalkan dengan kertas berwarna mengikut bentuk rangka. Wau bukan sahaja dimainkan tetapi dipertandingkan yang dititikberatkan ialah kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan tinggi serta keindahan naiknya.
Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.


Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.


Sejarah Wau Malaysia
Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China.


Mitos Permainan Wau
Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.
Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.


Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu. Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.

Friday, July 31, 2009

Kelahiran


Tak sabar rasanya nak menanti kelahiran kali ini...pada kelahiran kali ini aku mengharapkan sesuatu yang istimewa...harap2 kali dapat ler baby pempuan pulak...maklumlah kat rumah dh ramai lelaki...bukan aku ja harap dapat baby pempuan, malah satu family aku harap benda yang sama...


hehheheheh....jangan ingat aku pulak yang nak lahirkan baby...heheh kawen pon lum lagi tau, sebenarnya kami semua tengah menunggu kakak iapar aku yang no3 nak bersalin...rasanya x sabar tau, aku dah ada 3 anak sedara lelaki cuma sorang ja pempuan...sbb tu besar harapan aku agar baby kali ni pempuan pulak...


asyik beli baju untuk anak sedara lelaki ja,hehehe teringin jugak nak beli baju baby pempuan yg comey2...insyaAllah kak ipar aku bersalin lepas raya ni, rasa x sabar sangat, hehehe agak2 baby tu comey cam mak su dia x??? kita tunggu baby lahir, baru lah leh tahu comey cm mak su dia ka x...


aku doakan kak ipar aku selamat melahirkan baby...amin

Monday, July 20, 2009

Kehilangan....

sedih bangat....aku tak sangka aku boleh hilang dia...aku tahu dia penting bagi aku...semenjak pertama kali aku jejak kt kk8 lg, aku jga dia dgn sebaik mungkin...tanpa dia hidup ku di kolej ni terasa sangat sukar...bayangkan aku perlu guna dia setiap masa....

aku mungkin kehilangan dia sewaktu aku bersama-sama tikah, yunie n sap ke tasik varsiti...tidak ku sangka itu hari terakhir aku bersamanya...namun harus ku redhai permergiannya dr sisiku...

hehehehe sedih siot....kad makan aku hilang, terpaksalah aku beli kad makan baru esok, dah la kena rm20,...betul kan kata aku, kad makan sangat penting dkt kk8....tanpa kad makan jagan haraplah mak cik nk bg mkn...

pengajaran kepada semua jaga lah barang yang penting...jagalah barang penting...

Friday, July 17, 2009

My Love











Cinta itu sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita di beri peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberikan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.
Cinta itu aneh. Sukar di tafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.
Manusia kadang kala lupa, cinta merupakan syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni.
Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti cinta seseorang bagi kita.
Cinta....Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika tidak memilikinya, apa pun yang lain yang ada miliki tidak banyak erti.
Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan disebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika DIA mengambil sesuatu, telah DIA mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.
Cinta antara dua jiwa talah dikatakan boleh membakar semangat seseorang itu untuk memelihara akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadian. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita.
Tetapi cinta juga merupakan ujian,godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan diantara akal dan rasa......

Thursday, July 16, 2009

Rahsia Bulan Kelahiran Ku


Bulan Mei/ Taurus
Kekerasan hati & degil , kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal , pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam , cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan , tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan , kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit daya khayalan yg tinggi permikiran yg tajam pandai berdebat, fizikal yg baik, kelemahan sistem pernafasan suka sastera,seni & muzik serta melancong tidak berapa suka duduk dirumah tidak boleh duduk diam tidak punya ramai anak rajin dan bersemangat tinggi agak boros

Wednesday, July 15, 2009

KHAS BUAT AYAHKU



Ketika berjauhan masih ku rasa
Hangat kasihmu ayah
Betapa ku rindukan
Redup wajahmu hadir menemani ku

Terbayang ketenangan
Yana selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
Tika ku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian

Ketika ku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
Di saat diri ku kehampaan
kau setia mengajarku erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
Dalam senyum mu
Melihat ku berjaya

Bila ku kegagalan
Tak kau biarkan aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Kau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan

Tak dapat ku bayangkan
Hidup ku ayah tanpa kau di sisi
Semua kasih sayang yang kau curahkan
Tersemat di hati
Terima Kasih ayah.....

Monday, July 13, 2009

ANAK-ANAK SAUDARAKU


MUHAMMAD IZHAR RISHA

MUHAMMAD AIRIL DARWISH



MUHAMMAD AFIQ IKHWAN



NUR SHAFAWATI


KHAS BUAT IBUKU



Cinta buat ibuku..
MenyayangimuBagaikan hatiku tiada sempadan
Aliran jiwaku mengalir bersama arus sungai cinta
Ditempoh kerikil batu-batu tanpa sesak dan kesusahan
Oh sungguh indahnya perasaan itu,
Mengasihimu ibuku,
Meluaskan kecilnya ruang hatiku
Menyegarkan lesunya jiwaku
Menegangkan uratku yang kian melemah
Dek keringnya dari siraman cintamu
Andaikata aku dapat bernyanyi
Burung merak pasti mahu mendedangkannya bersamaku
Menceritakan keceriaan dihatiku di saat aku bersamamu
Walaupun cume seketika..
Tetapi kebahagiaannya terasa hingga mencapai penjuru langit sejagat
Indahnya kasih itu
Apabila ia menjadi dinamo kepada semangat
Dan penyuntik ilham
Serta penerang obor cahaya
Kepada berlikunya jalanku ini…
Terima kasih ibu.....

Phi Phi Island
















memori terindah....

Deligation um to wu


Salam....xpnh terlintas di hati untuk ku menjejaki negara Thailand..kerana pd pndgn ku thailand x punyai keistwaan...namun sebaliknya, kerana negara gajah itu telah memberi seribu kenangan buat ku...aku merupakan salah seorang daripada 17 pelajar APM UM yg berjaya mengikuti deligation ke walailak university, nakhon sru thamarat...
di sana ku temui insan yg sangat mulia hatinya..bg ku sukar untuk bertemu insan seperti itu..beliau ialah acan razak...sentiasa bersama kami sepanjang program berlangsung...walaupun kami pada ketika itu tidak diikuti oleh penyelia drpd um...
kenangan di phi phi island juga xdpt ku lupai...biarpon kami hanya sebentar di situ...seandai di beri peluang ingin lagi kaki ku menjejaki phi phi island....

Sunday, April 5, 2009

SERING KALI AKU GAGAL DALAM PERSAHABATAN


Entah kenapa sering aku gagal dalam persahabatan....aku x minta dapat kawan yang kaya, cantik atau sebagainya...cuma aku dambakan teman yang sanggup bersama ketika aku susah dan senang...kadang2 aku rasa hidup tanpa sahabat lebih senang..namun aku silap, aku dilahirkan sebagai manusia biasa sahaja...aku masih tetap teman bersama untuk harungi suasana kehidupan aku....


namun belum ku temui teman yang sanggup berada disamping aku ketika susah atau senang...yang sering aku ketemui teman ketika aku senang sahaja...bila aku susah diriku x di pandang lagi...adakah aku yang salah ketika bersahabat atau sebaliknya?? apa salah ku sehingga kalian buat begini terhadap aku....


bagi diriku...aku amat menghargai persahabatan,,,kadang-kadang aku sanggup ketepikan kepentingan diri untuk sahabat,namun masih ada lagi kekurangan diri ini...xlayakkah aku memeliki sahabat yang benar-benar ikhlas bersama aku....


Ya Allah kurniakan aku sahabat yang sanggup bersama aku ketika susah dan senang....

Friday, March 13, 2009

KESABARANKU TERUJI

Salam....
malam ni tangan ku terasa ingin meluahkan perasaanku...aku hanya manusia biasa sahaja, punya perasaan, sekit bila dilukakan dan gembira bila hati disenangi...aku mungin agak sensitif namun aku cuba sedaya mungkin untuk tidak menunjukkan yang aku sensitif di depan orang sekelilingku.

hari khamis 12 mac 2009, maafkan aku shida,ayu dan ila kerana pagi tu aku tak da mood. maaf juga sepatutnya aku x tunjuk perasaan ku macam tu..sebenarnya aku telah bersabar dengan seseorang, sedaya mungkin aku tak nak tunjuk bahawa aku terasa dengan dia, namun kesabaran aku seperti manusia normal yang lain, ada tahapnya aku perlu bersabar....

bila aku sering bersabar, dia tak pernah nk hargai...

Sunday, March 8, 2009

PENGALAMAN MENGAJARKU ERTI KESABARAN

salam....
susahnya kalu kita berurusan dengan orang...ya mungkin rambut sama hitam tapi hati lain-lain...sukar untuk kita menduga hati dan perangai orang....sudah menjadi lumrah alam...bila kita minta pertolongan dengan orang maka kita perlu bersabar dengan perangainya...

JUMAAT pagi
aku dengan shida bersiap-siap nk pergi jumpa kak isma...siapa kak isma..dia merupakan student dr.puteri. kami minta bantuan dia untuk tujuan tugasan analisis...kami janji jumpa kul 12.30 dekat stesen komuter subang jaya...

hehehehe sebenarnya aku dengan shida x tahu mcm na nk p sana...so kak isma gtau la p mid amik komuter kat sana...dengan blur2 ni pun p la mid...yang tension nya kami kena p kl centre baru leh amik komuter g sj...kalu tahu mcm tu baik kami g stesen u..

tp x pa, kami pun p la kl centre..dah bli tiket nk p subang jaya...tgah tunggu komuter sampai ja..tiba-tiba kak isma col dia cakap amik esok lah..hari ni dia x sempat...secara logik akalnya aku dengan shida memang la marah....dah la habis duit dan masa tp habuk pun xda...

bila di fikirkan apa yang berlaku, seharusnya kita sabar dan terima apa yang berlaku, nak salah kan kak isma sepenuhnya pun x leh gak sebab kami minta bantuan dr dia..so kami kna sabar ja lah...ari sabtu pg, Allah mempermudahkan kami untuk berjumpa dengan kak isma dan bahan untuk tugasan pun kami dapat...

KESABARAN PENTING DALAM KITA MENJALANI KEHIDUPAN SEHARIAN

Wednesday, March 4, 2009

semua org balik kg


huhuhu...kebanyakkan mbr2 aku balik kg la....sap,rehan,husna,ayu semua balik kg...tinggal lah aku bersama roomte ksygan aku tikah..kami x balik pun mgu ni...tidak ku lupa bahawa yunie dan shida pun x balik gak..hehehe


nampaknya kolej 8 x ramai org la minggu ni....hehehehe leh la kami wat bising...tp jeles gak mbr2 lain balik kg...huhuhuhu sabar2, aku banyak lagi assgmt yg nk kena siap kan...aku agak bz 2,3 mgu ni samapi x sempat nk pikir hal balik kg...heheheheh

Tuesday, February 24, 2009

??????

tidak ku pinta lahir ke dunia....
tidak ku duga cacat begini........
bukan ku pinta rayu simpati....


tercipta sebagai seorang manusia biasa...maka tidak terlepas dari melakukan kesilapan....semoga cerita ini menjadi pengajaran yang berguna buat diriku serta sesiapa yang membacanya....

seandai kita hayati bait-bait lagu di atas...ternyata masih ada lagi manusia yang lahir dalam serba kekurangan....namun mengapa kita yang di lahir dengan sempurna dan di anugerahkan Allah akal yang cerdik tetapi tidak menggunakannya....

hal ini tiada kaitan yang hidup atau pun yang mati...hehhehehe
mengapa kita tidak mensyukuri setiap kurniaan yang di berikan oleh Allah kepada kita...

IBUBAPA
nescaya setiap manusia mempunyai ibubapa..namun mengapa kita tidak menghargainya??? kita sering abaikan mereka ketika kita sudah mempunyai kedudukan...cuba renungkan...sejak kecil kita di tatang bagai minyak yang penuh...namun apabila sudah besar tidak sedikit pun kita hargai...
cuba lihat saban tahun terdapat peningkatan jumlah warga tua yang di tempatkan di rumah warga emas....suguh sedih hati ini mengenangkan keadaan tersebut....yang lebih menyayat hati apabila kita cuba mendekati warga emas ini, ternyata mereka mempunyai anak malahan terdapat juga anak mereka yang sudah memegang jawatan yang tinggi....
tidak pernah terlintaskah hati seorang anak tentang jasa yang telah mereka korbankan untuk kita...kadang-kadang aku pelik...bila mereka masih lagi hidup kita tidak cuba untuk menghargai dan membalas jasa mereka...namun setelah mereka tidak lagi hidup...barulah menyesal
namun tidak ada guna lagi untuk menyesal....sebagai peringatan untuk diri ini dan sesiapa yang membaca agar menghargai emak dan ayah....TANPA MEREKA SIAPA KITA

Tuesday, February 17, 2009

WaNg

wang??? atau nama lain duit...siapa yang tak tahu nilainya...dr budak kecil sehingga org dewasa tahu kegunaan wang...namun dengan wang membuat seseorang gelap mata dan hilang pertimbangan...ternyata begitu berpengaruh wang dalam diri manusia...

nak tau sbb apa tajuk kali wang??? sebenarnya salah seorang dari kawan aku kehilangan beg duit ketika di surau...ya mungin secara rasionalnya kita x menyangka bahawa di tempat beribadat pun seseorang tergamak melakukan perbuatan jahat....

aku bukan apa, aku kecewa dengan sikap masyarakat kita sekarang...sekiranya tidak mempunyai pekerjaan sekalipun jangan lah sampai mencuri...
berbalik kepada cerita kawan aku...bayang kan kehilangan wang tunai sebanyak rm260, wang di dalam bank habis di kebas...dalam rm500...

aku bertambah geram apabila si pencuri itu seolah-olah tak tahu malu...lagi 1 anset 2 biji d kebas. kesian kt kawan aku...aku dengar dr salah satu sumber menyatakan orang yang amik beg itu adalah perempuan dan yang paling menyakitkan hati ialah warga indonesia....

macam mana aku tak geram kt warga asing ni...dah la dtg tanpa di izin..buat pula kerja-kerja jahat kat dalam negara aku...kawan aku pulak yang jadi mangsa....cuba tengok di setiap pelusuk negara kita sekarang. penuh dengan warga2 asing...

dah datang negara orang wat lah cara menumpang....mereka dtg membanjiri negara kita dengan alasan ingin mencari rezeki...kalau hal ini aku x sangkal kan...cari lah di mana-mana pun rezeki Allah...masahnya mereka ni dtg wat kacau...pelbgai jenayah yang di lakukan oleh mereka...

buat kawan ku yang mengalami musibah ini...aku doa kan kalian di murah rezeki oleh Allah pada masa akan datang...teruskan perjuangan...kami semua masih ada untuk membantu dan memberi pertolongan setakat yang termampu dan terdaya...

Friday, February 13, 2009

mEmOrI di PD

Indahnya perkenalan antara kita....ukhwah yang terjalin antara kita memberi seribu erti dalam hidupku...thanks shida,tikah,ayu,sap,rehan,husna, yuni dan yang lain sebab sudi menjadi sahabat aku....hehehehehe dah mula dah ayat jiwang...
sebenarnya aku bru ja wat blog nie..hehehehe lum pndai lg, tgah dok blaja.. 13 feb 2009..aku bersama rakan2 yg di kasihi bertolak ke PD....kami sewa 2 biji kereta kancil...tikah,sap dan rehan ada wat kajian kt muzium tentera...tp aku dn yg lain2 g makin angin...hahahah
sebenarnya kami semua xtau pun jalan nk ke sana...mula risau gak tkut seset ttp memandg kan kmi semua budak pandai hehehehehe jd dpt la cri jalan kt sna...best giler sana tau...kami semua apa lagi mdi kt pantai...best siot...lg satu kenkawan aku smua giler posing...bygkan btri kmra kna bli smpai dua kali...huhuhu berat la laptop lpas ni...