? ??????????????Kawasaki? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??4 Grabs Today. 4234 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ?????BFF? ????? ?? ???Rating: 4.0 (106 Ratings)??4 Grabs Today. 3546 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Abstract Glory? ????? ?? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, July 31, 2009

Kelahiran


Tak sabar rasanya nak menanti kelahiran kali ini...pada kelahiran kali ini aku mengharapkan sesuatu yang istimewa...harap2 kali dapat ler baby pempuan pulak...maklumlah kat rumah dh ramai lelaki...bukan aku ja harap dapat baby pempuan, malah satu family aku harap benda yang sama...


hehheheheh....jangan ingat aku pulak yang nak lahirkan baby...heheh kawen pon lum lagi tau, sebenarnya kami semua tengah menunggu kakak iapar aku yang no3 nak bersalin...rasanya x sabar tau, aku dah ada 3 anak sedara lelaki cuma sorang ja pempuan...sbb tu besar harapan aku agar baby kali ni pempuan pulak...


asyik beli baju untuk anak sedara lelaki ja,hehehe teringin jugak nak beli baju baby pempuan yg comey2...insyaAllah kak ipar aku bersalin lepas raya ni, rasa x sabar sangat, hehehe agak2 baby tu comey cam mak su dia x??? kita tunggu baby lahir, baru lah leh tahu comey cm mak su dia ka x...


aku doakan kak ipar aku selamat melahirkan baby...amin

Monday, July 20, 2009

Kehilangan....

sedih bangat....aku tak sangka aku boleh hilang dia...aku tahu dia penting bagi aku...semenjak pertama kali aku jejak kt kk8 lg, aku jga dia dgn sebaik mungkin...tanpa dia hidup ku di kolej ni terasa sangat sukar...bayangkan aku perlu guna dia setiap masa....

aku mungkin kehilangan dia sewaktu aku bersama-sama tikah, yunie n sap ke tasik varsiti...tidak ku sangka itu hari terakhir aku bersamanya...namun harus ku redhai permergiannya dr sisiku...

hehehehe sedih siot....kad makan aku hilang, terpaksalah aku beli kad makan baru esok, dah la kena rm20,...betul kan kata aku, kad makan sangat penting dkt kk8....tanpa kad makan jagan haraplah mak cik nk bg mkn...

pengajaran kepada semua jaga lah barang yang penting...jagalah barang penting...

Friday, July 17, 2009

My Love











Cinta itu sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita di beri peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberikan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.
Cinta itu aneh. Sukar di tafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.
Manusia kadang kala lupa, cinta merupakan syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni.
Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti cinta seseorang bagi kita.
Cinta....Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika tidak memilikinya, apa pun yang lain yang ada miliki tidak banyak erti.
Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan disebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika DIA mengambil sesuatu, telah DIA mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.
Cinta antara dua jiwa talah dikatakan boleh membakar semangat seseorang itu untuk memelihara akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadian. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita.
Tetapi cinta juga merupakan ujian,godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan diantara akal dan rasa......

Thursday, July 16, 2009

Rahsia Bulan Kelahiran Ku


Bulan Mei/ Taurus
Kekerasan hati & degil , kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal , pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam , cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan , tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan , kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit daya khayalan yg tinggi permikiran yg tajam pandai berdebat, fizikal yg baik, kelemahan sistem pernafasan suka sastera,seni & muzik serta melancong tidak berapa suka duduk dirumah tidak boleh duduk diam tidak punya ramai anak rajin dan bersemangat tinggi agak boros

Wednesday, July 15, 2009

KHAS BUAT AYAHKU



Ketika berjauhan masih ku rasa
Hangat kasihmu ayah
Betapa ku rindukan
Redup wajahmu hadir menemani ku

Terbayang ketenangan
Yana selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
Tika ku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian

Ketika ku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
Di saat diri ku kehampaan
kau setia mengajarku erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
Dalam senyum mu
Melihat ku berjaya

Bila ku kegagalan
Tak kau biarkan aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Kau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan

Tak dapat ku bayangkan
Hidup ku ayah tanpa kau di sisi
Semua kasih sayang yang kau curahkan
Tersemat di hati
Terima Kasih ayah.....

Monday, July 13, 2009

ANAK-ANAK SAUDARAKU


MUHAMMAD IZHAR RISHA

MUHAMMAD AIRIL DARWISH



MUHAMMAD AFIQ IKHWAN



NUR SHAFAWATI


KHAS BUAT IBUKU



Cinta buat ibuku..
MenyayangimuBagaikan hatiku tiada sempadan
Aliran jiwaku mengalir bersama arus sungai cinta
Ditempoh kerikil batu-batu tanpa sesak dan kesusahan
Oh sungguh indahnya perasaan itu,
Mengasihimu ibuku,
Meluaskan kecilnya ruang hatiku
Menyegarkan lesunya jiwaku
Menegangkan uratku yang kian melemah
Dek keringnya dari siraman cintamu
Andaikata aku dapat bernyanyi
Burung merak pasti mahu mendedangkannya bersamaku
Menceritakan keceriaan dihatiku di saat aku bersamamu
Walaupun cume seketika..
Tetapi kebahagiaannya terasa hingga mencapai penjuru langit sejagat
Indahnya kasih itu
Apabila ia menjadi dinamo kepada semangat
Dan penyuntik ilham
Serta penerang obor cahaya
Kepada berlikunya jalanku ini…
Terima kasih ibu.....

Phi Phi Island
















memori terindah....

Deligation um to wu


Salam....xpnh terlintas di hati untuk ku menjejaki negara Thailand..kerana pd pndgn ku thailand x punyai keistwaan...namun sebaliknya, kerana negara gajah itu telah memberi seribu kenangan buat ku...aku merupakan salah seorang daripada 17 pelajar APM UM yg berjaya mengikuti deligation ke walailak university, nakhon sru thamarat...
di sana ku temui insan yg sangat mulia hatinya..bg ku sukar untuk bertemu insan seperti itu..beliau ialah acan razak...sentiasa bersama kami sepanjang program berlangsung...walaupun kami pada ketika itu tidak diikuti oleh penyelia drpd um...
kenangan di phi phi island juga xdpt ku lupai...biarpon kami hanya sebentar di situ...seandai di beri peluang ingin lagi kaki ku menjejaki phi phi island....